Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan ke 63 peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Majlis telah disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.
Turut hadir semasa majlis pelancaran ialah En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS, Pn. Rodiah binti Seran,GPK Kokurikulum SK Tun SAS, Pn. Ruhilah binti Abdul Karim,GPK Pendidikan Khas SK Tun SAS , Pn. Ramlah binti Jantan,Ketua Panitia Sejarah ,guru-guru dan murid-murid SK Tun SAS.
Dalam majlis tersebut juga Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dijalankan semasa Perintah Kawal Pergerakan ( PKP ) 2020.