Sabtu, 6 Oktober 2012

JAMUAN PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN SK TUN SAS 2012

Majlis Jamuan untuk Pengawas dan Pustakawan SK Tun Sas telah diadakan di Hotel Holiday Inn,Banda Hilir,Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengacara Majlis dan diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar. Seterusnya ialah ucapan dari En. Raidee selaku Naib Yang Dipertua ,PIBG SK Tun Sas.

Majlis juga diserikan oleh persembahan dari wakil Pengawas dan Pustakawan.

Tahniah buat semua Pengawas dan Pustakawan SK Tun Sas....







Selasa, 14 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI ... MAAF ZAHIR BATIN

Seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tun Sas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SK Tun Sas dan ibubapa murid SK Tun Sas.
Maaf Zahir Batin


Rabu, 18 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Seluruh AJK PIBG SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga SK Tun Sas.


Jumaat, 11 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA SK TUN SAS

Seluruh AJK PIBG SK Tun Sas ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga SK Tun Sas.
Jasa guru-guru sekelian amat dihargai ...


Isnin, 26 Mac 2012

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Sas kali ke 2 telah diadakan pada 25 Mac 2012(Ahad) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SK Tun Sas.

Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia ,Datuk Dr. Baba Md Deni dari Pertubuhan MERCY Malaysia.





Sabtu, 11 Februari 2012

KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL





Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil telah diadakan di Dewan Tun Ali. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka.
Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan karnival ini.

Jumaat, 10 Februari 2012

KELAS TUISYEN MALAM ANJURAN PIBG 2012

Kelas Tuisyen Malam anjuran PIBG telah mula beroperasi pada 6 Februari 2012.
Ianya melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 yang berminat untuk mengikuti kelas ini.
Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan untuk saguhati kepada tenaga pengajar yang terlibat.



Rabu, 8 Februari 2012

KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL 2012


SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SERTA IBUBAPA SK TUN SAS DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN ACARA YANG DILANGSUNGKAN .

Isnin, 6 Februari 2012

PENDAFTARAN KELAS TUISYEN MALAM ANJURAN PIBG SKTUN SAS

Pendaftaran Kelas Tuisyen Malam anjuran PIBG SK Tun Sas akan diadakan pada :

Tarikh       :  6 Februari 2012  ( Isnin )

Masa        :  8.00 malam

Tempat     :  Kantin SK Tun Sas

Kelas Tuisyen Malam ini terbuka kepada semua murid tahun 4,5 dan 6 .
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Wan Mohd Shukri (Penyelaras Kelas Tuisyen Malam)
di talian  013 - 3510166

Khamis, 2 Februari 2012

MESYUARAT AJK PIBG BIL. 1/2012

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 1/2012 akan diadakan pada :

Tarikh           :   9 Februari 2012 ( Khamis )

Masa            :  3.00 petang

Tempat          :  Bilik Mesyuarat Utama ,SK Tun Sas.

Semua AJK PIBG diwajibkan hadir.
Harap maklum..