Jumaat, 15 Mei 2020

UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARIPADA PIBG SK TUN SAS

PIBG SK Tun SAS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Tun SAS . Majlis ringkas telah diadakan di ruang legar Pejabat Pentadbiran SK Tun SAS pada hari ini.

Pada majlis ini Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa ,Pengerusi PIBG SK Tun SAS menyerahkan hamper kepada Yang Berusaha, En. Azman bin Janudin,Guru Besar ,SK Tun SAS sebagai tanda penghargaan kepada semua warga pendidik SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah En. Kamaruddin bin Abdul Majid ,GPK Pentadbiran SK Tun SAS.

Diucapkan kepada semua warga pendidik SK Tun SAS....

" SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2020 "

# stayhome
# staysafe