Jumaat, 28 Ogos 2020

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN KE 63 PERINGKAT SEKOLAH

 Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan ke 63 peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Majlis telah disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.

Turut hadir semasa majlis pelancaran ialah En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS, Pn. Rodiah binti Seran,GPK Kokurikulum SK Tun SAS, Pn. Ruhilah binti Abdul Karim,GPK Pendidikan Khas SK Tun SAS  , Pn. Ramlah binti Jantan,Ketua Panitia Sejarah ,guru-guru dan murid-murid SK Tun SAS.

Dalam majlis tersebut juga Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dijalankan semasa Perintah Kawal Pergerakan ( PKP ) 2020.

 














Jumaat, 15 Mei 2020

UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARIPADA PIBG SK TUN SAS

PIBG SK Tun SAS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Tun SAS . Majlis ringkas telah diadakan di ruang legar Pejabat Pentadbiran SK Tun SAS pada hari ini.

Pada majlis ini Yang Berbahagia,Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa ,Pengerusi PIBG SK Tun SAS menyerahkan hamper kepada Yang Berusaha, En. Azman bin Janudin,Guru Besar ,SK Tun SAS sebagai tanda penghargaan kepada semua warga pendidik SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah En. Kamaruddin bin Abdul Majid ,GPK Pentadbiran SK Tun SAS.

Diucapkan kepada semua warga pendidik SK Tun SAS....

" SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2020 "

# stayhome
# staysafe