Jumaat, 30 Januari 2015

MESYUARAT JK SARANA PIBG KALI PERTAMA

Mesyuarat Jawatankuasa Sarana PIBG Sk Tun Sas kali pertama telah diadakan pada 28 Januari 2014          ( Rabu ) jam 8.30 di kantin SK Tun Sas.

Mesyuarat dihadiri oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas , Tn. Hj. Arif bin Yusa, Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas dan En. Mohd Nasir bin Salim,GPK HEM SK Tun Sas.

Mesyuarat ini juga dihadiri oleh para ibubapa yang secara sukarela bersetuju untuk menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Semoga dengan kerjasama daripada ibubapa ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan SK Tun Sas.