Ahad, 23 Jun 2013

MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TUISYEN MALAM ANJURAN PIBG SK TUN SAS

Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Tuisyen Malam anjuran PIBG SK Tun Sas ditangguhkan mulai 24 Jun 2013(Isnin) .

Ini adalah disebabkan masalah jerebu yang melanda di negeri Melaka.
Semua sekolah di negeri Melaka akan ditutup mulai esok disebabkan bacaan IPU Melaka - 402 manakala IPU Bukit Rambai - 459

Pengumuman dibuat melalui RTM Melaka oleh YAB Ketua Menteri Melaka jam 4.00 petang tadi.

Harap maklum.

Daripada :   En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad
                   Penyelaras Kelas Malam PIBG
                   013 - 3510166

Info : KU Perhubungan
          Jabatan Pelajaran Melaka.