Isnin, 17 Oktober 2016

TAHNIAH DARIPADA SELURUH JK PIBG SK TUN SAS 2016

Tahniah buat Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa ,Pengerusi PIBG SK Tun SAS atas penganugerahan Darjah Seri Melaka ( DSM ) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka sempena Hari Jadi TYT yang ke 78 pada 14 Oktober 2016.

TAHNIAH DARIPADA BARISAN JK PIBG SK TUN SAS..



Khamis, 12 Mei 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA GURU SK TUN SAS
DARIPADA SELURUH JK PIBG SK TUN SAS 2016

Sabtu, 27 Februari 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUN SAS KALI KE 6 / 2016

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun SAS kali ke 6 telah dijalankan pada hari ini 27 Februari 2016 di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.

Mesyuarat Agung telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,Datuk Hj. Ramli bin Hj. Ismail,Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS, Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS, barisan Guru Penolong Kanan SK Tun Sas, barisan JK PIBG SK Tun SAS ,guru-guru dan ibubapa / penjaga murid SK Tun SAS.

Pada majlis ini juga disampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang 2015 dimana pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2015 diberikan sumbangan daripada PIBG.. Majlis sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia ,Datuk Hj. Ramli bin Hj. Ismail,Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama.

Ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya...