Sabtu, 3 Mac 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUN SAS KALI KE 8 /2018

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun SAS kali ke 8 telah diadakan pada 2 Mac 2018( Jumaat ) di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.

Mesyuarat telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,Tan Sri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB)

Turut hadir semasa perasmian ialah Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohd Arif bin Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS, Datuk Syed Mahaza bin Syed Dakian,Naib Pengerusi PIBG SK Tun SAS, Tn. Hj. Adam bin Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS,barisan GPK SK Tun SAS, AJK PIBG SK Tun SAS, warga Guru SK Tun SAS dan ibubapa murid-murid SK Tun SAS.

Yang Berbahagia ,Tan Sri Mohd Ali bin Rustam juga telah menyempurnakan penyampaian sumbangan PIBG kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR 2018 . Seramai 18 orang telah menerima sumbangan PIBG ini.