Sabtu, 1 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4/2014

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Sas kali ke 4/2014 telah diadakan pada hari ini di Dewan Tun Fatimah SK Tun Sas.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Wira Hj.Md. Yunus bin Husin,Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi,Teknologi Hijau dan Inovasi.

Semasa perasmian, Yang Berhormat Datuk telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2013 dan Anugerah Pelajar Cemerlang Ko Kurikulum .




Selasa, 28 Januari 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PARENTHON 2014

Majlis Pelancaran Program Parenthon 2014 telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah di Dataran Tun Tuah.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Sahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.