Isnin, 26 Mac 2012

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Sas kali ke 2 telah diadakan pada 25 Mac 2012(Ahad) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SK Tun Sas.

Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia ,Datuk Dr. Baba Md Deni dari Pertubuhan MERCY Malaysia.





Sabtu, 11 Februari 2012

KARNIVAL PIBG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL





Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil telah diadakan di Dewan Tun Ali. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd Rustam,Ketua Menteri Melaka.
Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan karnival ini.

Jumaat, 10 Februari 2012

KELAS TUISYEN MALAM ANJURAN PIBG 2012

Kelas Tuisyen Malam anjuran PIBG telah mula beroperasi pada 6 Februari 2012.
Ianya melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 yang berminat untuk mengikuti kelas ini.
Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan untuk saguhati kepada tenaga pengajar yang terlibat.