Isnin, 8 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan daripada seluruh warga Jawatankuasa PIBG SK Tun Sas kepada semua ibubapa/penjaga murid SK Tun Sas..

 

Sabtu, 6 Julai 2013

MAKLUMAN TERKINI JADUAL KELAS TUISYEN MALAM PIBG SK TUN SAS

Untuk makluman ibubapa/penjaga sepanjang bulan Ramadan ini kelas tuisyen malam anjuran PIBG SK Tun Sas ditangguhkan.
( SILA RUJUK JADUAL DI ATAS )

SELAMAT BERPUASA...

Ahad, 23 Jun 2013

MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TUISYEN MALAM ANJURAN PIBG SK TUN SAS

Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Tuisyen Malam anjuran PIBG SK Tun Sas ditangguhkan mulai 24 Jun 2013(Isnin) .

Ini adalah disebabkan masalah jerebu yang melanda di negeri Melaka.
Semua sekolah di negeri Melaka akan ditutup mulai esok disebabkan bacaan IPU Melaka - 402 manakala IPU Bukit Rambai - 459

Pengumuman dibuat melalui RTM Melaka oleh YAB Ketua Menteri Melaka jam 4.00 petang tadi.

Harap maklum.

Daripada :   En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad
                   Penyelaras Kelas Malam PIBG
                   013 - 3510166

Info : KU Perhubungan
          Jabatan Pelajaran Melaka.   

Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SK TUN SAS

Seluruh Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru ,SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ingin mengucapkan   " Selamat Hari Guru " kepada semua warga pendidik SK Tun Sas.
Semoga akan berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa kita.


Selasa, 14 Mei 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRA SEKOLAH SK TUN SAS 2014

Permohonan Kemasukan Ke Pra Sekolah SK Tun Sas 2014 telah dibuka mulai sekarang.
Ibubapa/Penjaga boleh mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat Sekolah pada waktu pejabat. ( 8.00 pagi - 5.00 petang )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2013


Sabtu, 27 April 2013

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 3

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas.
Ianya telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia,Dato' Hj. Ramli bin Hj. Ismail,Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama,Ayer Keroh.

Majlis perasmian telah dihadiri oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar , Guru Besar SK Tun Sas , Yang Dipertua PIBG ,Prof Dr. Hj. Shahrin Sahib, barisan GPK SK Tun Sas dan guru-guru SK Tun Sas serta ibubapa/penjaga murid .

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan pasukan Nasyid SK Tun Sas dan pasukan Choral Speaking SK Tun Sas.










Ucapan Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib,
Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.







Ucapan Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar











Ucapan Perasmian dari Yang Berbahagia,
Dato' Hj. Ramli bin Hj. Ismail,
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Utama.







Persembahan Pasukan Nasyid
SK Tun Sas.








Persembahan Pasukan Choral Speaking SK Tun Sas.








Penyampaian Cenderahati kepada Yang berbahagia Dato' Hj. Ramli bin Hj. Ismail.