Sabtu, 28 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUN SAS KALI KE 5

Mesyuarat Agung PIBG SK Tun SAS kali ke 5 telah diadakan pada hari ini 28 Mac 2015 di Dewan Tun Fatimah ,SK Tun SAS.

Mesyuarat Agung ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Wira Othman bin Muhamad,Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Ianya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairul Izham Alias dan ucapan daripada Tn.Hj. Arif bin Hj.Yusa,Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS. Seterusnya ialah ucapan Tn. Hj.Adam bin Hj.Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS.

Selepas itu,YB DatukWira Othman bin Muhamad telah menyampaikan ucapannya dan merasmikan mesyuarat agung ini 

YB Datuk Wira juga telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2014 kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat 5A semasa UPSR tahun lepas dan juga Sijil Penghargaan kepada semua AJK PIBG sesi 2014.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan