Ahad, 22 Februari 2015
Jumaat, 30 Januari 2015
MESYUARAT JK SARANA PIBG KALI PERTAMA
Mesyuarat Jawatankuasa Sarana PIBG Sk Tun Sas kali pertama telah diadakan pada 28 Januari 2014 ( Rabu ) jam 8.30 di kantin SK Tun Sas.
Mesyuarat dihadiri oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas , Tn. Hj. Arif bin Yusa, Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas dan En. Mohd Nasir bin Salim,GPK HEM SK Tun Sas.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh para ibubapa yang secara sukarela bersetuju untuk menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Semoga dengan kerjasama daripada ibubapa ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan SK Tun Sas.

Jumaat, 23 Januari 2015
Khamis, 4 Disember 2014
Jumaat, 10 Oktober 2014
UCAPAN TAHNIAH DARI WARGA PIBG SK TUN SAS
Seluruh warga PIBG SK Tun Sas mengucapkan
sekalung Tahniah kepada Pengarah Pendidikan Melaka,Datuk Haji Md Rashid bin Haji Hussin atas penganugerahan Darjah
Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada hari ini sempena Hari Jadi T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Sekalung tahniah juga buat mantan Yang Dipertua PIBG,SK Tun
Sas Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Haji Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk pada hari ini sempena Hari Jadi T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Tahniah dari seluruh warga PIBG SK Tun Sas....
Jumaat, 25 Julai 2014
SALAM AIDILFITRI 2014
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SERTA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID SK TUN SAS
MAAF ZAHIR BATIN
MAJLIS PERSARAAN WAJIB PN. MUSLIHAT CHE JAAFAR
Majlis Persaraan Pn. Muslihat Che Jaafar telah diadakan pada hari ini 25 Julai 2014 di Dewan Terbuka Tun Fatimah.
Majlis dimulakan dengan perarakan kompang mengiringi Pn. Muslihat dari ruang legar SK Tun Sas ke pentas Utama Dewan Tun Fatimah.
Tn. Hj. Arif bin Hj. Yusa,Yang Dipertua PIBG telah hadir untuk mewakili pihak PIBG sepanjang majlis ini dijalankan.
Pn. Muslihat Che Jaafar adalah seorang guru yang paling awal berkhidmat di SK Tun Sas sejak pembukaan sekolah pada tahun 2011. Inilah kali pertama pihak sekolah meraikan persaraan warga sekolah .
Setelah bertugas selama 32 tahun sebagai seorang pendidik , Pn. Muslihat bersara wajib pada 26 Julai 2014 secara rasminya.
Seluruh warga kerja PIBG SK Tun Sas mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Pn. Muslihat Che Jaafar..
JASAMU AKAN DIKENANG SEPANJANG HAYAT.

Langgan:
Catatan (Atom)