Jumaat, 25 Julai 2014

MAJLIS PERSARAAN WAJIB PN. MUSLIHAT CHE JAAFAR

Majlis Persaraan Pn. Muslihat Che Jaafar telah diadakan pada hari ini 25 Julai 2014 di Dewan Terbuka Tun Fatimah.
Majlis dimulakan dengan perarakan kompang mengiringi Pn. Muslihat dari ruang legar SK Tun Sas ke pentas Utama Dewan Tun Fatimah.

Tn. Hj. Arif bin Hj. Yusa,Yang Dipertua PIBG telah hadir untuk mewakili pihak PIBG sepanjang majlis ini dijalankan.

Pn. Muslihat Che Jaafar adalah seorang guru yang paling awal berkhidmat di SK Tun Sas sejak pembukaan sekolah pada tahun 2011. Inilah kali pertama pihak sekolah meraikan persaraan warga sekolah .

Setelah bertugas selama 32 tahun sebagai seorang pendidik , Pn. Muslihat bersara wajib pada 26 Julai 2014 secara rasminya.







Seluruh warga kerja PIBG SK Tun Sas mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Pn. Muslihat Che Jaafar..

JASAMU AKAN DIKENANG SEPANJANG HAYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan