Jumaat, 25 Julai 2014

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Aidilfitri 2014 telah diadakan pada 24 Julai 2014 di Dewan Tun Fatimah SK Tun Sas. Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas telah menyampaikan ucapan alu-aluan semasa majlis dijalankan.
Tn. Hj. Arif bin Hj Yusa ,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas telah merasmikan majlis tersebut dan menyempurnakan sumbangan Aidilfitri bagi tahun 2014.

Seramai 120 orang murid tahun 5 telah terlibat dalam majlis Khatam Al-Quran yang diselenggarakan oleh Panitia Agama Islam ,SK Tun Sas. Majlis Khatam Al- Quran telah diketuai oleh Ustaz Zairul Izham bin Alias dan Ustaz Safizan .








Tiada ulasan:

Catat Ulasan